Friday 28 December 2012

Kata-kata Hikmah

Ptg2 ni nak kongsikan lah bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya nie. Moga dapat memberi input yg +ve utk si Pembaca & utk diri ini juge ( ^_~ ) "SeMaNgaT"

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 
2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 
3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 
4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.


huhuuu berjaya juge buat walaupun hanya satu... YESS..!! hiihii good luck cermin ajaib.. :) senyum sikit ;)

Monday 17 December 2012

16 December 2012

Bermulanya penulisan blog... hanya satu harapan sy disini agar dapat memberi input yang baik utk diri sy sendiri terutamanya. Agar diri ini akan selalu ingat bahawa sesuatu perjalanan kehidupan yang tidak diduga adalah manis bila tiba saatnya.. kehidupan adalah dugaan dan dugaan itu adalah nilai kasih sayang Maha Pencipta kepada kita. Dengan dugaan juga akan mematangkan diri kita dalam setiap langkah kite. Setiap hembusan nafas ini adalah anugerah dan nikmat yg tidak ternilai buat kita sebagai hambaNYA.. Tidak terhitung semua anugerah itu. TeRiMa KaSih Ya Allah atas Kasih SayangMU buat diri ini.. "Renung2 kan Selamat Beramal" hiihii suke sangat trek Mark Prof. nie...
sampai berjumpa lagi.... daaa!!